Selasa, 05 Juli 2011

MENGUPAS TENTANG ILMU NAHU


BELAJAR KITABNYA, PERLULAH MENGENALI SIAPA PENGARANGNYA.... SIAPAKAH AL-IMAM IBNU AJURUM?
Share
Beliau adalah Muhammad bin Muhammad bin Dawud Abu Abdillah Ash-Shanhaji, dikenali dengan nama Ibnu Ajurum, yang ertinya menurut bahasa Barbar adalah orang yang fakir dan sufi. Beliau seorang imam dalam bidang nahwu dan bahasa, seorang pengarang kitab Al-Muqaddimah, yang selanjutnya dikenal dengan Al-Ajurumiyyah.

Menurut riwayat, selama mengarang kitab ini, ia sentiasa mengadap kiblat. Ibnu Ajurum adalah kelahiran kota Fas (Fes) yang ahli juga dalam bidang ilmu hisab (matematika) dan faraidh. Dilihat dari isi kitab Muqaddimah-nya dapat difahami, bahawa ia adalah ulama’ nahwu mazhab Kufah.

Ibnu ajurum juga memiliki banyak kitab karangan dan nazham dalam bentuk bahar rajaz dalam bidang ilmu qira’at dan disiplin ilmu lainnya. Dia wafat di Negara Maghribi (fas) dan dikuburkan di pemakaman Bab Al-Jadid.


Syarah Al-Ajurumiyyah

Syarah Al-Ajurumiyyah adalah nama sejumlah kitab syarah (komentar) tentang kitab “Muqaddimah” Ibnu Ajurum, yang dikenali dengan nama kitab Al-Ajurumiyyah tersebut sangat banyak. Di antaranya karya Abdul Malik bin Jamaluddin Al-Isfiraini, dikenali dengan nama Mala ‘Isham (1037H) ; Ahmad Abdul Qadir Al-Kuhani ; Hassan bin Ali Al-Kafrawi (1202H) ; Khalid bin Abdullah Al-Azhari (905H) ; Ahmad bin Zaini Dahlan (1304H) ; Abdurahman bin Ali Sahalih Al-Makudi (801 H) ; Hirah ; dan Mushtafa As-Saqa , Tuhfatus Saniyyah : Syeikh Mahyuddin abdul Hamid dan banyak lagi para ulama’ terdahulu dan terkini mengsyarahkan kitab matan beliau.

Semoga Allah menempat tempat yang selayaknya bagi sekalian ulama' ini di syurgaNya... Amiin.. Ya rabbal 'alamin

Wallahu 'alam..

Diposkan oleh Sabilul_Rosyad 0 komentar Link ke posting ini
Reaksi:
Kirimkan Ini lewat Email BlogThis! Berbagi ke Twitter Berbagi ke Facebook Berbagi ke Google Buzz
Rabu, 30 Desember 2009
SIAPALAH KITA DIKALANGAN MEREKA (PaRa ULaMa PeRWaRiS Anbiyak) ??? Al-Kisah Sibawaih (سيبويه)
Share

Nama lengkapnya Amar bin Qanbar Abu Bisyr, digelar dengan nama Sibawaih (180H/796). Dia kelahiran asli negara Persia, yaitu di kota Baidha. Kemudian ia bersama keluarganya hijrah ke kota Basrah, dan di sana ia tumbuh besar di dalam lingkungan ilmiah. Ilmu pengetahuan pertama yang dia pelajari adalah fekah dan hadis. Sibawaih mempelajari hadis daripada Hamad bin Sahnah. Pada suatu hari, Sibawaih menerima diktean hadis dari gurunya, Hamad yang berbunyi :




لَيْسَ مِنْ أَصْحَابِي إِلاَّ مَنْ لَوْ شِئْتَ لأَخَذْتُ عَلَيْهِ لَيْسَ أَبَا الدَّرْدَاءِ



Sibawaih langsung menegur gurunya sambil berkata : لَيْسَ أَبُوْ الدَّرْدَاءِ. Dia menduga lafazh Abu Darda adalah isim laisa. Gurunya langsung menimpali ; “kamu salah wahai Sibawaih. Bukan itu yang kamu maksudkan, tetapi lafazh laisa di sini adalah istitsna!”. Maka Sibawaih langsung berkata: “Tentu aku akan mencari ilmu, di mana aku tidak akan salah membaca.” Akhirnya Sibawaih belajar ilmu nahwu kepada Imam Khalil bin Ahmad al-Farahidi sampai menjadi ilmuwan terkenal.



Kisah ini mengisahkan, bahawa suatu ketika Sibawaih bersama jama’ah lainnya sedang menulis suatu hadis Nabi, sementara gurunya, Hamad sedang mendiktekan hadis mengenai kisah Shafa: صَعَدَ رَسُوْلُ اللهِ الصَّفَا (Rasulullah turun di tanah Shafa). Sibawaih langsung menyanggahnya dan berkata الصَّفَاءَ.



Maka gurunya berkata : “Wahai orang Persia, jangan katakan “Ash-Shafa’a”, kerana kalimah Ash-Shafa’a adalah isim maqshur”. Ketika pengajian selesai, Sibawaih langsung memecahkan penanya, sembari berkata: “Aku tidak akan menulis suatu ilmu pengetahuan sampai aku dapat mematangkan dahulu dalam bidang bahasa Arab.” Mungkin, hikmah di sebalik dua kejadian itulah yang membuat Sibawaih sangat serius mempelajari nahwu, dan akhirnya menjadi pakar ilmu nahwu yang terkenal.



Guru Sibawaih dalam bidang nahwu adalah Imam Khalil bin Ahmad al-Farahidi. Beliau adalah guru besar Sibawaih, sementara Imam Khalil sendiri adalah murid Abu Amr bin al-A’Ala, seorang ahli qira’at saba’ah.



Sibawaih pernah berdebat dengan Imam Kisa’i, tokoh ulama Kufah. Pada saat itu Sibawaih hendak pergi ke Kota Baghdad pada masa Raja Harun Ar-Rasyid dan menteri Yahya bin Khalid al-Barmaki. Sibawaih meminta menteri Yahya agar dapat mempertemukan dia dengan al-Kisa’i. maka Yahya menasihatinya agar ia tidak melakukan itu. Namun Sibawaih berkeras ingin bertemu dan sekaligus mengajak berdebat terbuka. Acara pertemuan itu di adakan di rumah Harun Ar-Rasyid. Melainkan, bahawa sebelum al-Kisa’i menemuinya, Sibawaih sudah terlebih dahulu dihadapi oleh murid-murid al-Kisa’i. Di antara mereka adalah al-Ahmar. Hisyam, dan al-Fara. Kemudian mereka berdebat dengannya sebelum al-Kisa’i bertemu, kerana mereka melakukan hal yang demikian adalah untuk menjatuhkan syaukah (kekuatan mental) Sibawaih. Lalu tidak lama al-Kisa’i mengadap dan berdebat dengannya dalam masalah terkenal pada masa itu, yaitu masalah “Zumburiyah”.



Sibawaih menang di dalam perdebatan tersebut. Kemudian Yahya al-Barmaki memberi hadiah kepadanya sebesar sepuluh ribu dirham dari saku peribadinya. Maka dari mulai itulah Sibawaih menjadi orang yang terkenal. Kemudian tidak lama ia pindah ke kota Ahwaz dan wafat di sana. Menurut Riwayat lain mengatakan bahawa Sibawaih wafat di Syiraz, Iran. Dia wafat pada saat usianya yang muda. Nama Sibawaih berasal dari bahasa asli Persia yang berarti semangka yang harum.



Banyak kitab yang menulis tentang bibliografi Sibawaih, di antaranya kitab karya Ahmad Badawi, yaitu kitab Sibawaih: Hayatuhu wa Kitabuhu, dan penulis Ali an-Najedi Nashif, yaitu kitab Sibawaih Imam an-Nuhat. Antara karya agungnya adalah al-Kitab atau Kitab Sibawaih merupakan puncak tata bahasa Arab dibukukan melalui kitab karyanya itu. Mungkin dapat dikatakan bahawa, al-Kitab atau Kitab Sibawaih merupakan sebuah kitab referensi pertama (sumber rujukan pertama) yang menghimpunkan tata bahasa Arab secara lengkap.



MasyaAllah…. Ta’ajjub sungguh apabila merenung al-kisah tokoh nahwu ini, jauhnya ilmu dan hemah kita dari kalangan mereka. Bertapa besar kemulian Allah SWT telah melimpah kepada kalangan mereka bertapa beruntung apabila kita mengambil manfaat dan pendekatannya.



Sepertima kata Syeikh Saiyyidi Madi Abu A’zaim : “Lapangkanlah waktu kamu untuk mengigati akan jasa-jasa ulama’-ulama’ terdahulu”.



Mengenali para ulama’ adalah akan menambahkan kecintaan kita pada mereka. Maka dengan kecintaaan inilah yang akan menghidupkan hati-hati mukmin sejati. Kecintaan kepada mereka adalah berpautan dan saling bersangkutan dengan cinta kepada Rasulullah SAW. Hal ini kerana Rasulullah SAW telah menjelaskan : “Ulama’ itu adalah pewaris nabi ”.


Mencintai warisan para Nabi a.s juga seumpama kita mengasihi mereka.



Imam Syafie Ra pernah menjelaskan :


“Aku mencintai orang-orang soleh dan bukan aku sebahagian daripada mereka, Aku berharap agar mendapat syafa’at kerana mereka”.



“Ya Tuhanku…. jadikanlah segala perbuatan dan perkataan kami IKHLAS untuk menuntut keredhaanMU yang mulia dengan kehormatan Al-Quran Al-‘Azim. Nabi yang mulia. Sekelian sahabat dan hamba-hambaMU yang soleh.” (Doa Saiyid Ahmad Idris ).

DariNYa kita bermohon (Allah Rabbul ‘alamin)



“Ya Tuhanku… jadikan kami sebahagian orang yang mendapat ilmuMu yang luas... Kuatkan kami dalam meneruskan dan mendalaminya…. Sesungguhnya Hati ini senantiasa berbolak balik atas nikmatMu. Di sini al-Faqir mohon pada Allah s.w.t, limpahan rahmatNYA dan redhaNYA, terhadap apa yang di kerjakan, serta curahan dari ilmuNya melalui wasilah NabiNya, dan Para Auliya’, Para Ulama’ dan solihin, serta diteruskan wasilah kepada guru-guru yang benar dalam membawa kalimah Allah s.w.t. moga tercurah kepada al-Faqir dan sekaliannya. Maka al-Faqir bertawassul kepada mereka bagi mendapat wasilah redhaNYA."


Moga apa yang dikerjakan bermanfaat bagi orang yang permulaan belajar akannya. Amiin ya rabbal ‘alamin.


اِلَهِي أَنْتَ مَقْصُوْدِيْ وَرِضَاكَ مَطْلُوْبِ. أَعْطِنِيْ مَحَبَّتَكَ وَمَعْرِفَتَكَ. يَا الله، ياَ الله، ياَالله.


“ Hai Tuhanku engkaulah tujuanKu, keredhaan-Mulah tuntutanku, anugerahilah daku kasih cinta padaMu dan sebenar-benar mengenaliMu Ya.. Allah. Ya.. Allah. Ya.. Allah.”

Diposkan oleh Sabilul_Rosyad 0 komentar Link ke posting ini
Reaksi:
Kirimkan Ini lewat Email BlogThis! Berbagi ke Twitter Berbagi ke Facebook Berbagi ke Google Buzz
Sabtu, 28 November 2009
SIAPAKAH PENCETUS PERTAMA ILMU SHOROF? DAN SIAPAKAH PELETAK ILMU NAHWU?
Share






Berlaku KHILAF siapa pencetus pertama ilmu shorof.


Menurut kesepakatan para ulama’, pencetus pertama ilmu shorof adalah Sahabat Mu’ad bin Muslim al-Harra. Tetapi jikalau menurut versi kitab al-Qanun adalah al-Imam Ali bin Abi Thalib.



۱- حل المعقود ص ۲ : الهداية


واتفقوا على أن واضعه معاذ بن مسلم الهرا بفتح الهاء وشد الراء نسبة إلى بيع الثياب الهروية كذا في الصريح. لكن في القنون للشريف اليوسي أن واضعه الإمام علي كرم الله وجهه اﻫ_



۲- التصريح على التوضيح الجزء الأول ص ٤: دار الفكر


واتفقوا على أن اول من وضع التصريف معاذ بن مسلم الهراء بفتح الهاء وتشديد الراء نسبة إلى بيع الثياب الهروية اﻫ_



Manakala menurut kitab Tuhfatus Saniyah (syarah Ajurumiah) didalam muqaddimahnya, mengatakan bahwa yang masyhor orang pertama yang meletakkan ilmu nahwu adalah Abul Aswad Ad-Dauli atas perintah Amirul Mu’minin Ali bin Abi Thalib.



١- التحفة السنية بشرح المقدمة الأجرومية – شيخ محمد محي الدين عبد الحميد – ص : ٦


واضعه – والمشهور أن أول واضع لعلم النحو هو أبو أسود الدوليُّ ، بأمر أمير المؤمنين عليّ بن أبي طالب رضي الله تعالى عنهما !.



٢- الكواكب الدرية على متمّة الأجروميّة- الشيخ محمد بن أحمد بن عبد الباري الأهدَل ص:٢٥ – دار الكتب العلمية.


وسبب تسمية هذا العلم بالنحو ما روي أن عليًا رضي الله عنه لما أشار على أبي الأسود الدولي أن يضعه قال له بعد أن علمه الاسم والفعل والحرف : الاسم ما أنبأ عن المسمى ، والفعل ما أنبأ عن حركة المسمى ، والحرف ما أنبأ عن معنى في غيره والرفع للفاعل وما اشتبه به والنصب للمفعول وما حمل عليه والجر للمضاف وما يناسبه انح هذا النحو يا أبا الأسود فسمي بذلك تبركاً بلفظ الواضع له

Diposkan oleh Sabilul_Rosyad 0 komentar Link ke posting ini
Reaksi:
Kirimkan Ini lewat Email BlogThis! Berbagi ke Twitter Berbagi ke Facebook Berbagi ke Google Buzz
Posting Lebih Baru Posting Lama Beranda
Langgan: Entri (Atom)
Anda Mungkin Menjejakinya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar