Selasa, 03 Mei 2011

CAHAYA



Demi malam ketika menutupi (cahaya)
Dan siang ketika terang menerang

Dan terciptanya lelaki dan wanita
Sesungguhnya usaha kamu itu berbeza-beza

Maka, sesiapa yang memberi (dari hak Tuhan) dan bertaqwa
Dan mempercayai dengan baik
Kami akan memudahkan kepadanya dengan kesenangan

Dan sesiapa yang kikir dan merasa dirinya kaya
Dan mendustakan pula yang baik
Kami akan memudahkan kepadanya kepayahan

Dan tiadalah kekayaan dapat menolongnya ketika mati
Sesungguhnya urusan Kami memberi petunjuk
Dan sesungguhnya kepunyaan Kami Akhirat dan Dunia
Maka Ingatlah kamu akan api yang bernyala

Tiada masuk kedalamnya melainkan orang yang amat jahat
Yang mendustakan dan membelakangkan

Dan akan dihindarkan darinya (api) orang yang baik
Yang memberikan harta untuk membersihkan diri

Dan tiada sesiapa pun padanya kurnia yang diberi pembalasan
Melainkan kerana mencari keredhaan Tuhan yang Maha Tinggi
Dan dia akan meresa redha.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar